Murid Berkeperluan Khas merupakan insan yang juga memerlukan sokongan dan didikan dari semua orang sekeliling mereka. Ketidakupayaan yang mereka miliki mungkin menjejaskan aktiviti seharian mereka maka peranan ibu bapa dan gurulah penting untuk membantu mereka ini. Ibu bapa dan guru merupakan orang yang menajdi sandaran kepada mereka untuk membentuk mereka menjadi sebahagian dalam anggota masyarakat. Justeru, Pendidikan Inklusif diwujudkan dan merupakan satu pendekatan terbaik bagi mereka dalam menjalani pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Perlaksanaan Pendidikan Inklusif ini juga dapat meningkatkan kemahiran serta pengetahuan guru, kesediaan dan juga teknik pengajaran yang berkesan supaya dapat mencapai matlamat inklusif terutama dalam memastikan penerimaan guru aliran perdana. Sensitiviti masyarakat juga penting bagi memastikan mereka ini diberikan ruang dalam masyarakat supaya dapat memenuhi tuntutan kehidupan yang diperlukan. Kaedah perlaksanaan inklusif ini diharapkan dapat mengurangkan pergantungan Murid Berkeperluan Khas terhadap guru dan rakan-rakan kerana kita mahu mereka ini dapat berdikari selain mengurangkan stigmatisme masyarakat yang memandang rendah akan keupayaan mereka.
No comments:
Post a Comment